PANDUAN MENANAM PANDAN

PANDUAN MENANAM PANDAN

Pengenalan

Pandan (Pandanus adorus) adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak ke atas.  Daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam di hujung.  Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujung.  Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi.  Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.

Penyediaan Tanah
Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok.  Sediakan lubang berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm.  Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP.  Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok.
Sekiranya menanam dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.  Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.

Penjagaan
Siram anak pokok apabila perlu.  Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok.  Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 gm/pokok bagi tanaman seperti di sekitar rumah. 
Tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan.  Daun pandan boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam.
Title: PANDUAN MENANAM PANDAN; Written by Agung taufiq A; Rating: 5 dari 5

Tidak ada komentar: